Salam, hai! I'm asa

I'm a dreamer, always. Conteng sana-sini just for fun and these my not-so-creative project mostly end up terbengkalai sebab saya pemalas ihiks.

Supergilos is just tempat saya merapu.

All the cincai-s in this blog are mine unless stated. Feel free to copy, paste, take, save,tweet, re-blog, re-upload and post anything here but pls credit and link back to me okeih!

All Rights Reserved.
Camping Kadet Polis

Wednesday, November 23, 2011 at 5:01 PM




         Assalammualaikum. Friends? yeah..that's right.No haters will sit back and view my blog. So friends, lets go *ape kau merepek ni asa? nvm, sekarang asa nak story pasal my camping in the Perkhemahan Kadet Polis SeMalaysia.


Jumaat | 30 September 2011

         Hari ni masih lagi dalam mood exam selaras 2 dan hari ni juga lah kiteorg akan melepas berlepas ke Serting. Nak tak nk kiteorg kne periksa awal jugak kn? so kiteorg sit for exam 1 hour early iaitu pada pukul 7 pagi,gile un? Dahlah saya ta abes kemas lagi buku pon ta abes bace lagi. Amek kau!*dushh,mmg terkial-kial la nk jawab.

        Pada pukul 7 pagi kiteorg da mencapub (mencari publisiti) depan bilik monarki. Tatkala itu,baek f4  baek f2,mate semua berpinar sebab menyelak buku dgn kelajuan 249km/j. Kalau sekali imbas tu adela macam pertandingan sape selak buku paling pantas.*harharr.

        Kene pulak hari tu exam physics and PAI,memang mcm org gile la semua. Lepas break 15 minute,kami masuk balek untuk sit for the last exam. selepas selesai sesi memerah kepale masing-masing dan dijamukan dengan nasi goreng ikan bilis dan kepalenye serta ayam goreng , kami pun berlepas ke serting.

        Kiteorg antare yang terakhir smpai. Lepas tu kene dirikan khemah. 3 buah semua yang didirikan. After that, kiteorg pegi mkn kt khemah lelaki *sbb dapur masak kt khemah lelaki,jgn igt yg laen ea:*


Sabtu | 1 oktober 2011

         Hari ni kiteorng ade pertandingn kawat kaki. Lebih kurang pukul 9 kiteorg semue da pakai uniform. mmg semat la dannn panas.



Ini adalah gambar depan khemah lelaki sebelum pegi bertanding.Kami masih bersemangat ketika ini:)



Barissss! 3 barisan dihadapan sayaaaa! ; kata amal *semua org bergegas mengambil gambar e'eh silap,mengambil tempat masing-masing.
nampak tak saya kt mne?huhu:)



my twin and bestie *sempat lagi korg ea > dahla tak ajak aku :(



tegak tak barisan kami?*harharr



oke.Ade org ambik gmbr candid kami *ade peminat ni:P



buruknye muke kau la hai yaya *haha :P



Lepas  habis bertanding *yeahh ; semue angkat pistol masing-masing



picture with budak-budak lelaki *tak aci ea korg tak masok kawatt..GRR

Petang S A B T U

          cuaca ; hujan
          keadaan ; khemah runtuh
          mood ; tidakkk

          Lepas habis kawat pukul 12.30. Kami pun masuk ke tapak khemah. Oke F I N E. satu khemah runtuh.Itu sebelum hujan lagi. Yang menyirap nye,khemah MRSM Pontian je y runtuh,MRSM laen tak pon. Mungkin itu memang takdir kami,jadi dengan segala semangat yang ade, kami pon dirikan khemah balek,dahlah besi menyambung patah,memang bala bertimpa-timpa la. Nak dijadikan cerita,hujan pn turun dgn lebat.Sehingga ketiga-tiga khemah kami runtuh. Budak lelaki pn datang ala-ala superman gitu dan menyelamatkan kami.*maaf --->khemah kami.

         lelaki 1 ; cikgu,khemah dah tak bole diri lagi ni.
           Cikgu ; tak bole ke?
         lelaki 2 ; konfem tak bole,cikgu dgn budak perempuan pergi khemah lelaki la.
b.perempuan ; lariiiiiii.

         Serentak dengan itu bermula la adegan lari-berlari dri khemah perempuan ke khemah lelaki.Sekali ngk mcm dalam cite hindustan gitu. 2 kali ngk macm kambing lari tkot hujan *haha.



Amal dan saya *maaf burukk,,hehe,,masih lagi memakai baju kawat..haha




oke.Semua buruk.*baju tahap lencun gile laa

A H A D | 2 Oktober 2011

         Hari ni free..Y A Y! lepas solat subuh,asa sambong tido balek dgn budak-budak ni.pada pukul 9 pagi,,asa terdengar suare-suara sumbang..

suara 1 ; Bangonnn,,ape nak jadi korang ni?pegi tolong masak sne!
suara 2 ; Aaaa? masak?sekarang pukul bape?
suara 1 ; Amboiii anak dare bole tanye pukul bape lagi,,Kau pegi khemah laki sekarng jugak!

         Pagi-pagi lagi,saya dikejutkan dgn suare suare yg sgt sgt mintak penampar.Menganggu ketenteraman org nk tido betul. Dengan  sepantas kilat asa pn berdiri tegak dan bru nk menjawab, rupenye itu ialah suara cikgu lelaki MRSM Tun Ghaffar Shafie memarahi budak-budak perempuannye yg masih lagi lena diulit mimpi seperti Asa. Oh,oke,sambong tido balek.

         Pukul 10 pagi, Asa tersedar dan bangon,rupenye dah ramai budak perempuan yg pergi khemah lelaki.Tinggal Asa,yaya dgn nadia samsuri je.Hehe *malu laa,bgon lambat.


Kami tolong-menolong masak makanan tengahari:)


Malam A H A D

         Inilah diaa..waktu yang ditunggu-tunggu,acara malam kebudayaan. sebenarnye selama 3 malam disini, setiap malam, ade acare kebudayaan, Dan malam ni adalah malam yang terakhir dan semua org diwajibkan untuk mengosongkan tapak perkhemahan dan pergi ke pentas. Kebetulan pula ,malam ni Maktab asa buad persembahan.

         Mrsm asa dapat tempat yang ke 4 untuk buad persembahan, sebenarnye, ade cikgu tu ckp kiteorg bole dpt mrkah tambahan kalau buadd persembahan awal,tapi kiteorg tak terime,sebab semua org tak bersedia lagi zahir dan batin * aisehhmen, ayatt


Gambar sebelum buadd persembahan *senyum semuaa



Pose baekk ahh!

         Waktu buadd persembahan tu memang memorable gile laa. semua org terdiam-terpaku-rahang-jatuh ngk kami. Bkan nk ckp kitorg punye persembahan semat tapi maybe sebab laen dari yg laen kot. Maktab laen semua budak tarian 'nogori' masing-masing. Paling selalu lagu Siti yang 'ada oh,ada eh..bunyinya tidaklah serupaa....'.Tapi kiteorg bawak lagu Jai Ho, Kungfu Panda dan Asmaradana. waktu Asmaradana mmg semua org punye rahang tahap jatuh kt tanah laa..haha *lupe nk cakap..temanye tarian satu Malaysia. tapi at the end kiteorg dapt nombor 9.sedeyh kan? semue org igt kiteorg at least top 5. tak pe,bukan rezeki.


Isnin | 3 Oktober 2011

         Sampai jugak majlis penutup, waktu ni kene hantar 20 org setiap kontijen dan berdiri sepanjang majlis berlangsung, komander kene berdiri depan sekali dan pegang senapang. diulang,pegang je,bukan tembak ok.
tatkala ini,adalah,manusia-manusia yang tak tahan panas dan pengsan. tapi takpe,sebb penganjur dah siap-siap sediakn payung sebelum hujan dgn menyediakan ambulance,pengawai dan persatuan ahli sabit merah untuk mengipaskan org-org yang dah pengsan nie.*Asa tak pengsan ok:)

         After kemas dan makan dan segalanye, kami bertolak ke panjare balek.opss silap,maktab kami balek.Sempatla jugk kami singgah di KFC and McD Segamat untuk makan.

         Memandangkan kiteorg sampai maktab pukul 6 petang. Malam tu kiteorg kne pergi prep jugak.
O H  T I D A K K ! !

p/s ; lupe nak cakap-->Asa jumpe syira and Aten *my bestfriend 
# Pictures is fully credit to Fathin Puyol *thanks dik :)
#Our (Aten and me ) memories together will be told another time!
# i miss you like orang gilakk la Aten!


Labels: