Salam, hai! I'm asa

I'm a dreamer, always. Conteng sana-sini just for fun and these my not-so-creative project mostly end up terbengkalai sebab saya pemalas ihiks.

Supergilos is just tempat saya merapu.

All the cincai-s in this blog are mine unless stated. Feel free to copy, paste, take, save,tweet, re-blog, re-upload and post anything here but pls credit and link back to me okeih!

All Rights Reserved.
Doraemon Ending Story

Sunday, December 23, 2012 at 1:25 PM



Assalammualaikum.

     Hari ini saya nak bercerita tentang Doraemon. Awak kenal Doraemon? Saya baca doraemon sejak saya berumur 9 tahun. I've even got a collection of cerita panjang, pendek, edisi baru, edisi plus, doraemon dan rakan-rakan and more. Siri doraemon is actually dicipta oleh seorang penulis jepun, Fujio F Jujiko yang meninggal dunia pada September 23, 1996 kerana kegagalan fungsi hati. As we know, doraemon is a story with no ending, the writer died before habiskan siri tu. So, senang cakap cerita tu tergantung. Tapi, luckly ada seorang peminat tegar doraemon dari jepun, Nabuo Sato made up a story and are widely spread throughout the country. So, here is the story. Selamat membaca :)


---------------------------------------------------

     Satu hari, seperti hari-hari yang lain. Nobita balik ke rumah daripada sekolah dan masuk ke biliknya di tingkat atas. Doraemon berada disitu, tidur seperti yang selalu dilakukannya. 'Doraemon, bangunlah, jom kita main,' kata Nobita. Tetapi Doraemon tidak bangun. Nobita fikir Doraemon penat dan terus keluar bermain bersama Sizuka dan yang lainnya. Selepas beberapa jam bemain, Nobita kembali semula ke rumah tetapi Doraemon masih tidak bergerak. Dia menjadi pelik dan takut, dia cuba untuk terus mengejutkan Doraemon tetapi robot kucing gemuknya tetap tidak bangun.

     
Drag the image to a new tab for a better picture

      Nobita tahu bahawa sesuatu yang buruk berlaku kerana Doraemon tidak pernah begitu. Dia terus menangis dan menangis tetapi walau dia meraung sekalipun, Doraemon tetap tidak bergerak walau sedikitpun. Tiba-tiba, terlintas satu nama dikepalanya, Dorami. Yaa Dorami. Tatkala itu, Nobita terus melompat ke mesin masa dan pergi ke masa hadapan untuk berjumpa dengan Dorami. Nobita meminta tolong dan memaksa Dorami kembali ke 1998 untuk melihat keadaan Doraemon.

      Selepas melihat-lihat keadaan Doraemon. Dorami berkata ' bateri dah habis, bateri abang dah habis'. Nobita melepaskan nafas lega. 'Jadi kita tukarkanlah bateri Doraemon dan dia akan bangun kan?'. Dorami menggeleng dan berkata 'kalaulah saya boleh lakukan semudah itu'.

'Dorami-san, kenapa kamu berkata begitu?'
'Bateri utama Doraemon di sini, dekat dengan poketnya dan sudah habis. Tetapi sepatutnya, abang mempunyai bateri sokongan di telinganya. Malangnya, seperti yang kita tahu, telinga abang telah digigit tikus ketika kamu masih kecil lagi. jadi itu bermakna Doraemon tidak mempunyai bateri sokongan lagi. Saya minta maaf,'
'Jadi maksudnya?' tanya Nobita.
'Jika saya mengantikan baterinya, ingatan Doraemon tentang kamu berdua, kawan-kawan kamu, rumah ini dan semuanya akan hilang selamanya,'
'Apaa?'
'Adakah kamu mahu saya menukarkannya?'

      Nobita pejamkan matanya dan menangis. Tetapi tidak lama kemudian, dia berhenti menangis dan berkata kepada Dorami, 'Dorami-san, terima kasih kerana datang ke sini, saya akan menjaga Doraemon pula. Kamu baliklah semula ke masa hadapan'.

      Pada mulanya, Dorami tidak boleh memutuskan apa yang perlu dilakukan. Tetapi kemudian, dia memeluk Nobita dan meninggalkan ruangan itu kembali ke masa hadapan. Selepas Dorami pergi, Nobita meletakkan Doraemon di dalam rak, tempat tidur Doraemon dan terus menangis.


   
Drag the image to a new tab for a better picture

     Tahun 2010. Masa berlalu. hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun. Doraemon tetap tidak bergerak dan Nobita semakin membesar. Nobita telah berubah, dia semakin matang dan tidak lagi malas seperti dahulu. Nobita belajar, tidak selalu menangis lagi dan yang paling penting, Doraemon tidak berada disampingnya untuk menolongnya lagi. Nobita memberitahu Sizuka, Giant, Suneo dan yang lain bahawa Doraemon perlu kembali ke masa hadapan dan tidak dapat berjumpa dengannya lagi. 


   
Drag the image to a new tab for a better picture

     Sizuka kagum dengan perubahan misteri Nobita yang benar-benar berbeza. Mereka jatuh cinta dan berkahwin. Nobita menjadi seorang saintis dan mempunyai sebuah makmal di rumanhnya. Dia sentiasa belajar dan membuat kajian disamping kerjanya. Nobita memberitahu Sizuka jangan masuk ke makmalnya kerana sangat bahaya. Tetapi, satu hari, Nobita memanggil Sizuka ke dalam biliknya. Itu adalah kali pertama Sizuka masuk ke bilik itu dan ketika kakinya melangkah, Sizuka kehilangan kata-kata.


   
Drag the image to a new tab for a better picture

      Di situ, di dalam bilik itu, di hadapannya sekarang adalah Doraemon, seseorang yang selalu bermain dengannya pada zaman kanak-kanaknya dahulu. Tetapi Doraemon tidak bergerak dan seperti sedang tidur.
'Lihat Sizuka, saya akan bangunkannya sekarang,' kata suaminya. Nobita hidupkan suis utama. Doraemon dengan perlahan-lahan, sangat perlahan mula membuka matanya. Itu adalah masa pencipta Doraemon manjadi jelas. Penciptanya adalah Nobita. Nobita belajar, belajar dan sentiasa membuat kajian hanya untuk bertemu dan bercakap dengan kawan lamanya kembali.

     Mengimbau semula waktu dahulu dan hadapan, Nobitalah sebenarnya pencipta Doraemon. Nobita yang menemui dan mengkaji semua program dalam robot jenis Doraemon. Nobita dan Sizuka menangis perlahan-lahan. Doraemon membuka matanya, pandang sekeliling dan akhirnya berkata 'Nobita-kun, dah siapkan kerja sekolah awak?'

     Awan putih yang sama berarak dilangit seperti setiap kali mereka menghabiskan masa bersama-sama.

---------------------------------------------------

Notes : 1. The story was made by Nabuo Sato
            2. I found the story here and translated by me.
            3. Nobita yang malas yang sentiasa menangis dan bergantung kepada Doraemon akhirnya belajar dan bekerja keras akhirnya menjadi seorang saintis untuk membaiki dan menyelamatkan kawan baikknya. Itu sangat hebatt.

p/s - dah baca komen tau, kalau tak saya gigit. Penat taip.
Sekian,
Asa Banie

Labels: , ,