My Superhero *Part 1*
Thursday, December 6, 2012 at 9:09 AM
Assalammualaikum.
'Yeah,yeah, ayah dah balik' jerit adik kecilku berlari mendapatkan ayahnya. Aku disini kekal berdiri terus setia melihat adegan Fakhrul terkinja-kinja mendapatkan perhatian ayahnya. Seketika kemudian, alongku pula menyertai adikku lantas mengambil raga buruk yang kosong tersangkut di bahu ayah.
Aku? Tersenyum lemah sebelum kembali ke bilik.
Tok,tok,tok. Kedengaran pintu bilikku diketuk. 'Ah, pasti ayah,' desis hatiku.
'Nak, buka pintu ini nak, ayah mahu bercakap sama kamu,' tutur lembut ayahku.
'Ada apa ayah? Faiz nak tidur la, kacau je ayah ni' bidasku.
Dengan berat hati, kakiku melangkah longlai ke arah pintu lalu membukanya. Pintu yang sudah kopak sedikit di bahagian bawah terbuka lalu menunjukkan susuk tubuh ayahku yang kurus kering. Tanpa diduga, ayah terus meluru memelukku dengan suara sedikit teresak, ayah berkata 'maafkan ayah nak, ayah tak dapat hadir ke sekolahmu hari ini, ayah sibuk tadi, ayah berada di kedai menjual besi buruk.'
'Ah, ayah sengaja kan tidak mahu datang mendaftar saya kan? Ayah mahu malukan saya dihadapan kawan-kawan saya kan? Sehari suntuk saya tunggu ayah tau.' balasku dengan lagaknya.
'Bukan begitu nak, tadi ayah terpaksa tunggu tauke kedai datang. Ayah bukan sengaja. Maafkan ayah ye nak? Ini ada sedikit duit untuk angah bayar duit yuran kemasukkan ke sekolah,' tanpa jemu ayah terus melayanku.
'Angah maafkan ayah, ayah boleh pergi sekarang, duit tu tinggalkan je atas meja sana' sahutku.
Ayahku memusingkan badannya, meninggalkan sejumlah wang di atas meja belajarku yang sudah reput dimakan anai-anai itu, memberikan senyuman lemah kepadaku sebelum meninggalkan bilik. Wahai anakku, terlalu susahkah untuk berterima kasih kepada ayahmu ini?
Setahun kemudian, aku diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh. Makin tinggilah jawabnya yuran pengajianku. Tetapi kerana sayangkan anaknya dan mahukan yang terbaik untuk anaknya, ayahku menerima tawaran tersebut dan seminggu kemudian aku dihantar ke sekolah terbaruku yang terletak di utara semenanjung. Kerana kesempitan wang, aku hanya dihantar ke bas yang menjadi kenderaanku ke sana.
'Angah, ini ayah titipkan sedikit wang untuk Angah buat perbelanjaan disana. Duit yuran angah, angah minta tangguhkan ya nak? bapa tak mampu menyediakannya buat masa ini,' tutur ayahku.
'Ayah ni, suka malukan angah tau. Dahlah tak hantar angah daftar, duit yuran pun tak bagi,' bidasku.
'Angah! apa angah cakap ni? berterima kasih pun tidak, mintak maaf kat ayah sekarang!' merah muka kakakku ketika berkata begitu. 'Marah barangkali. Tapi nak buat macam mana? hakikatnya memang begitu, kami selalu sahaja kesempitan wang, tempiasnya kena pada aku sehingga aku ditertawakan oleh kawan-kawanku kerana hidup serba miskin ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
'Sudahlah, Faiz pergi dulu. Ayah jangan lupa tau hantarkan duit setiap bulan kepada Faiz. Kalau ayah tak hantar, Faiz lari dari rumah,' balasku
Sebelum mereka dapat berkata apa-apa, aku terus menyalam tangan ayahku sambil lewa, memeluk kakakku sekejap, sebelum masuk ke bas dan mencari tempat duduk yang kosong tanpa sedikit pun menjeling ke arah mereka.
Ketika didalam bas, aku termenung memikirkan nasib keluargaku yang serba daif. Kakakku setakat belajar sehingga tingkatan 5, itupun separuh jalan, tidak mengambil peperiksaan SPM kerana ayah tidak mampu membayar yuran SPM yang terlalu tinggi. Adikku pula sedang belajar di tingkatan 2.
Ibu. Sebaris nama yang tidak ada nilainya dalam hatiku. Perkataan ibu sudah tidak ada dalam kamus hidupku sejak 14 tahun yang lalu. Ibu yang berasal dari keluarga kaya sudah terbiasa hidup senang. Poketnya sentiasa penuh. Jiwa remajanya mewarnai kehidupannya. Ibu bertemu jodoh dengan ayah yang pada ketika itu merupakan usahawan yang berjaya. Kerana tertarik pada keindahan dunia, pada harta dan rupa paras ayah, mereka berkahwin. Ayah yang pada itu, hanya setuju gara-gara terlalu takut akan ancaman keluarga ibu jika tidak berkawin dengan ibu.
Pada mulanya mereka hidup senang. Mereka punya segala-segalanya. Kereta mewah, rumah besar, pembantu rumah, semuanya mereka ada. Malang sekali, dek kerana terlampau mengikut nafsu dan bisikan syaitan, ibu lalai. Ibu leka daripada menginggati pemberinya iaitu Tuhan yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Tetapi disebalik semua itu, ayah tidak pernah lalai. Hampir setiap malam, ayah akan hanyut dengan Ya Rahman. Sepertiga malam, ayah akan bangun dan menunaikan solat tahajud berjam-jam lamanya. Ada suatu malam, aku terdengar ayahku berdoa dengan suara yang serak-serak basah.
'Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kau jadikanlah dunia ditanganku tetapi bukan dihatiku, kau jadikanlah dunia ditangan isteriku tetapi bukan di hatinya, Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosanya Ya Allah. Kau berikanlah nur cahaya taufik hidayah ke dalam hatinya Ya Allah. Hanya kepada engkaulah kami sembah dan meminta pertolongan...'
Begitulah sedikit doa yang dititipkan ayah buat isterinya. Bukannya ayah tidak menegur, ayah sudah berusaha, tetapi perancangan manusia apalah yang hendak dibandingkan dengan perancangan Allah yang mengatasi segalanya. Ibu tidak pernah berubah walaupun sudah berbuih mulut ayah menegur ibu. Nasib baik ayah masih menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan mengajar anak-anaknya nilai-nilai Islam. Kami adik-beradik sudah ketandusan kasih sayang seorang ibu walaupun ibu masih hidup. Kami yatim, ya kerana sudah kematian ibu di dalam hati kami. Ayahlah bapa ayahlah ibu. Ibu tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.
Suatu hari, ayah jatuh muflis. Buatan orang katanya. Habis segala isi rumah, rumah, tanah dan kereta mewah telah ditarik balik. Yang tinggal untuk kami adalah sebuah pondok buruk di pinggir kampung peninggalan arwah bapa ayah. Kami jatuh papa kedana dalam sekelip mata sejurus selepas kelahiran adikku yang terakhir. Sudah tentulah, orang yang paling tidak boleh menerima keadaan ini merupakan ibuku.
'Apa ni Farhan? Ini bukan apa yang i nak. You jatuh muflis disebabkan buatan orang? Hai, selalu solat malam pun kena guna-guna dengan setan ke? I tak kira, i nak mintak fasakh juga. You miskin, you dah tak mampu tanggung i lagi. Takpun you lepaskan i je, you talakkan i sekarang juga. Budak-budak ini semua you yang jaga. Diorang ni kan sayang papanya seorang je kan?' herdik ibuku tanpa segan silu.
'Syira istighfar syira, you dah termakan godaan syaitan tu.' balas ayahku dengan nada yang lembut cuba menenangkan keadaan.
'Ahh, persetan itu semuaa...' bidas ibuku.
to be continue.
sekian,
asa banie
Labels: back home, old days, random stuff