Monday, December 31, 2012 at 1:36 AM
Assalammualaikum.
Situasi
Adik : akak, adik takut.
Saya : takut apa?
Adik : takut hantu durian.
Saya : ....... (berfikir sejenak) ...... jomlah kita tidur bilik ibu.
Berdasarkan situasi di atas apakah pandangan anda terhadap saya?
Awak 1 : baiknya natasya yang cantik tu, selamatkan adik dia daripada hantu durian.
Awak 2 : ehee, akak dia pun kecut dengan hantu durian.
Awak 3 : hantu durian? wujud ke?
Baiklah, saya mengaku. Saya memang takut secara tiba-tiba apabila adik saya cakap macam tu. Meremang bulu roma kauu. Opss, bukan adik tapi anak sedare, *ohh dah jadi makcik rupanya aku ni. Bayangkanlah, anda tidur berdua dengan adik awak di bilik yang tingkapnya tiada langsir. Memang scary.
Actually rel dekat bilik saya tu memang seperti nyawa-nyawa ikan, ibarat telur di hujung tanduk, laksana sambal belacan separuh siap. Rel tu punya paku, skrew, ntah apa namanya yang sebelah kiri dah terjatuh and saya selaku superwoman berjaya memasukkan balik ke dalam lubangnya. The right side punya skru still lagi tertanam dalam dinding. Dan pada tanggal 27 Disember 2012, tamatlah riwayat rel dan langsirku yang cantik apabila mereka jatuh dan lantaran itu, bogellah juga bilikku yang indah ini pada tatapan jiran sebelah rumahku yang tak wujud.
Saya rasa tak selamat. Sungguh tak selamat. Berhari saya tak tidur dan duduk kat bilik tu. Tapi apakan daya, saya tidak mampu menolak lamaran anak sedara ku yang comel lote seperti makciknya untuk tidur denganku.
Adam sedang tidur dengan patriknya yang SANGAT busuk
Back to the topic. Jadi kakak yang hebat kena berani. Saya guna kakaklah kat sini since makcik tu way to old for me, haha. Sepatutnya seorang kakak kena balas :
ect #1 : Hantu duriann? mana wujud, apalah adam ni.
ect #2 : Adam lelaki kan? Lelaki kan kuat, mana takut hantu.
ect #3 : Apa kau merepek dam? takutkan aku je. Blahlah kau.
Kesimpulannya, sebagai seorang makcik, saya berazam untuk jadi seorang yang hebat demi anak-anak sedara saya dan seorang anak, adik, kembar, pelajar, mahasiswa, pelatih PLKN dan isteri yang hebat, hew hew, tergedik pulak i 
p/s - baru lepas habis kenduri. Penatnyaa mak oii!
Sekian,
Asa Banie
Labels: back home