Monday, April 29, 2013 at 5:52 PM
\ Assalammualaikum /
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderangsebiru hati kita bersama disini

Seindah hari ini, indahnya bak pemaidani taman syurgaSeindah hati kita, walau kita kan terpisah
Seorang lagi. Seorang lagi hamba Allah pergi meninggalkan dunia ini dan hamba Allah itu adalah kawan saya, Mohd Faris Alif bin Salim. Arwah merupakan seorang kawan yang baik dan sentiasa menjaga perasaan sahabat-2 nya. Saya belajar selama 2 tahun, Kelas 1 Oxford dan 2 Oxford bersama arwah. Walaupun 2 tahun merupakan 1 tempoh yang singkat tapi itu sudah cukup untuk saya mengenali arwah yang ternyata seorang periang dan sentiasa gembira.
Arwah belajar selama 3 tahun di MRSM Pontian dan berpindah ke MRSM Batu Pahat untuk 2 tahun berikutnya.
kawan baik arwah di MRSM Batu Pahat
Arwah belajar selama 3 tahun di MRSM Pontian dan berpindah ke MRSM Batu Pahat untuk 2 tahun berikutnya.
Bukankah hati kita telah lama menyatudalam tali kisah persahabatan Ilahipegang erat tangan kita terakhir kalinyahapus air mata meski kita kan berpisah
Kata-kata terakhir ibu arwah untuk anaknya :
Usah ditanya bagaimana perasaan saya saat ini,
Sebagai seorang ibu saya rasa sebahagian diri saya hilang..
Saya rasa kosong....
Namun saya redha, jika itu suratannya..
Allah telah meminjamkan pada saya selama 18 tahun 3 hari,
Dan kini dia diambil kembali..
Saya sangat mnyayanginya tp Allah lebih mnyayangi Mohd Faris Alif
Saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan,
Dia pergi dengan tenang tanpa disedari kami yg di sisi..
Kamu berpeluang membisikkan kalimah2 suci..
Pemergian seawal jam 3.00 pg di hening dinihari..
Awan mendung meliputi spnjang hari seolah2 mngerti hatiku yg sepi..
Anakku walau gurau senda dan tawa riangmu tidak akan kedengaran lagi..
Tp dirimu tetap abadi dihati,
Doa kudus akan ibu panjatkan setiap hari..
Urusan persemadianmu begitu mudah
Ramai yg bersedia menghulurkan bantuan...
Begitu ramai handai taulan yg hadir untuk mmberikan pghormatan
Alhamdulillah, menjelang pukul 10.50 pg kau telah selamat bersemadi..
Tenanglah kau di sana....
Moga kau ditempatkan di sisi orang2 yg beriman,
Ibu andaikan kaulah yg bakal memimpin tangan ibu ke syurga nanti...
Memori....Mohd Faris Alif
25 April 1995 - 28 April 2013
Arwah telah koma selama 2 minggu akibat kemalangan jalan raya dan meninggal dunia pada 28 April pukul 3 pagi. Jenazah telah di bawa balik ke taman mutiara dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid Kadi Md Shah Pt Raja Rambah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.
Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita dikembalikan.
Sekian,
Asa Banie
Labels: random stuff

